
SUMBANGAN TAJAAN AKADEMIK DI MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH BATANG KALI
“AYUH GUNAKAN KESEMPATAN BULAN RAMADHAN DIMANA PAHALA AMALAN DILIPAT KALI GANDAKAN.”
Maahad Tahfiz Al-Fateh telah memulakan sesi pembelajaran pada Januari 2018.
Penubuhan awal maahad ini bermula dengan sebidang tanah wakaf di Batang Kali, Hulu Selangor. Tanah ini diwakafkan pada tahun 2015. Pada tahun 2016 bangunan Tahfiz ALFATEH didirikan di atas tapak tanah wakaf dan proses pembangunan (infrastruktur) masih berjalan sehingga kini dengan bermodalkan sumbangan orang ramai. Blok bangunan yang ada saat ini adalah terdiri daripada asrama pelajar lelaki, bilik warden, surau, pejabat, bilik guru, kelas dan dewan serbaguna.
Pengambilan pertama bermula pada tahun 2018 di sebuah bangunan sementara iaitu; Ontok-ontok chalet bagi pelajar lelaki dengan jumlah 30 orang. Peringkat permulaan pihak Maahad mempunyai 3 orang guru dan dibantu seorang kerani pentadbiran, seorang tukang masak dan seorang pegawai pembangunan.
DANA PENDIDIKAN : TAJAAN TUISYEN SPM 2021
Bagi menyahut titah perintah Sultan Selangor yang telah mewajibkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk diadakan di setiap institusi Tahfiz termasuk sekolah swasta, maka Unit Akademik Al-Fateh mengambil langkah merangka dan menyusun bagi memastikan pelajar-pelajar ALFATEH dapat mengikuti kelas subjek akademik sebagai persediaan menghadapi SPM pada tingkatan 4 & 5 dengan cemerlang seiring keperluan kurikulum peringkat kebangsaan.
Pihak kami melihat ini adalah salah satu peluang dan langkah yang baik untuk mencetak lebih ramai Huffaz yang professional dan tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
Walaupun begitu, Tahfiz ALFATEH memerlukan dana sebanyak RM 91,350 bagi menjayakan kelas akademik SPM.
Berikut merupakan jadual jam dan kos tuisyen SPM yang telah dirancang :

)
Jumlah RM91,350 adalah harga yang akan dibayar pada guru tuisyen sahaja.Ia tidak termasuk kos pengurusan.
Sumber kewangan tetap maahad adalah sepenuhnya daripada yuran para pelajar. Pendapatan selebihnya adalah bergantung kepada sumbangan, infaq dan bantuan daripada ibu bapa dan orang ramai.
TAJAAN PELAJAR TAHFIZ
Setelah tiga tahun Maahad Tahfiz Al-Fateh(ALFATEH) beroperasi, Pihak Maahad mendapati sebahagian dari kalangan pelajar yang berpotensi datang dari keluarga yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Disebabkan tidak mampu membayar yuran bulanan, akhirnya ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini membuat keputusan memberhentikan anak daripada terus bersekolah di ALFATEH. Ada juga keadaan di mana pelajar tidak didaftarkan kerana masalah kewangan.
Secara purata, 50% sahaja keluarga yang konsisten membayar yuran bulanan manakala selebihnya samada lewat membuat bayaran atau langsung tidak mampu membayar.
Oleh itu, pihak Maahad mengambil inisiatif dengan memulakan projek tajaan yuran pelajar bagi meringankan beban kewangan yang ditampung oleh keluarga yang kurang berkemampuan serta insentif kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan berjaya mencapai KPI bulanan sebagai satu bentuk motivasi untuk memberikan yang terbaik.
Sasaran kami untuk projek ini adalah supaya sekurang-kurangnya separuh daripada pelajar ALFATEH adalah dari kalangan pelajar yang mendapat tajaan.
TAJAAN KOKURIKULUM
Maahad Tahfiz Al Fateh, sebuah institusi tahfiz yang menitikberatkan setiap aspek pembangunan insan di kalangan pelajarnya.
Pendidikan al-Quran di TAHFIZ AL FATEH dilengkapkan lagi dengan pelbagai aktiviti kokurikulum yang membantu para pelajar mencapai Susuk Tubuh yang lahir dari aspirasi penubuhan TAHFIZ AL FATEH.
Berkepimpinan tinggi, memiliki fizikal yang kuat dan kecergasan yang hebat, petah berpidato, lasak dan mampu berdikari, dan berjiwa usahawan, kesemua berikut adalah antara Susuk Tubuh Al Fateh yang akan direalisasikan melalui aktiviti-aktivi kokurikulum di TAHFIZ AL FATEH
TAJAAN PEMBANGUNAN JATI DIRI PELAJAR
Maahad Tahfiz Al Fateh (TAHFIZ AL FATEH) adalah sebuah institusi tahfiz yang menitikberatkan setiap aspek pembangunan insan di kalangan pelajarnya.
Pendidikan Al Quran di TAHFIZ AL FATEH dilengkapkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan program yang disusun bagi membantu para pelajar mencapai Susuk Tubuh yang lahir dari aspirasi penubuhan TAHFIZ AL FATEH.
Menjaga serta menitikberatkan kebersihan dan kekemasan diri, dapat mengurus emosi dengan baik, berdisiplin dan menepati waktu, beradab sopan dan berbudi bahasa adalah antara Susuk Tubuh TAHFIZ AL FATEH yang akan direalisasikan melalui aktiviti dan program di TAHFIZ AL FATEH.
Sepanjang musim PKP, pendapatan Tahfiz ALFATEH terjejas kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya dan gaji kepada guru dan staff perlu dibayar.
Setiap sumbangan yang disumbangkan amat bermakna. Semoga dengan setiap sumbangan yang diberikan, pihak tuan/puan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam ketaatan, serta dikurniakan rezeki yang berkat.
Ayuh berkongsi rezeki dalam kebaikan di bulan Ramadan ini. Allah kurniakan rezeki untuk tuan/puan hidup senang agar dapat dikongsi dengan mereka yang kurang senang.
Nabi sollahu’alaihi wasallam bersabda;
والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخي
" dan Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana hamba tersebut membantu saudaranya" (Riwayat Muslim)
Nabi sollahua’laihi wasallam juga bersabda:
مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا ، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا
“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
“Kerana penuntut ilmu itu adalah orang yang berjihad di jalan Allah sehinggalah dia pulang”
Jika kita membantu anak-anak ALFATEH, meringankan beban mereka agar mudah untuk menuntut ilmu, ia dikira pahala seperti berjihad. MasyaAllah siapa yang tidak mahu bukan?
Ayuh sama-sama kita merebut pahala jihad ini dengan membantu anak-anak ALFATEH menuntut ilmu.
REBUT PAHALA JIHAD dengan membantu mempersiapkan dana pendidikan anak-anak ALFATEH.
Moga-moga dengan bantuan ini, ditambah lagi dengan barokah bulan Ramadhan akan menjadi asbab buat tuan/puan diberatkan neraca timbangan pahala di akhirat kelak.
Amin ya rabbal a’lamin.
“Melahirkan Generasi Huffaz Yang Faham Dan Menghayati Al-Quran”
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : CIMB
Nama Akaun : MAAHAD TAHFIZ AL-FATEH
No Akaun : 8604134381
Letakkan reference "TSPM" untuk mudahkan pihak kami agihan dana.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +601110789975 (MBA ALFATEH SERVICES)